Pokok Karob Barnabas

Dalam 45AD dia mula bekerjasama dengan Paul dari Tarsus (St Paul atau Paulus) dan John Mark untuk menyebarkan agama Kristian sebelum akhirnya beliau meninggalkan Paul kerana mengajarkan ajaran yang bertentangan. Dalam 75AD iaitu semasa lawatan keduanya ke Cyprus, dia telah ditangkap dan dipenjarakan di dalam sel yang gelap, di sebelah Synagogue of Salamis. Pada malam yang sama beliau mula direjam oleh orang Yahudi Syria Salamis dan kemudian dicampakkan dalam api yang besar, dikelilingi oleh unggun kayu api yang banyak... dan hangus. Jenazahnya telah dibalut dengan kain kapas untuk dilemparkan ke dalam laut, supaya jenazahnya itu tidak akan jatuh ke tangan pengikut-pengikutnya. Pengikut-pengikutnya hanya dapat melihat kekejaman itu dari jauh. Walaubagaimanapun di bawah kegelapan malam itu, mereka berjaya mengambil tubuhnya dan memasukkannya ke dalam keranda serta dibawa kepada sebuah makam purba di bawah pokok karob ke barat Salamis. Pada dadanya mereka letakkan satu salinan Injil Barnabas, yang ditulis oleh tangannya sendiri, yang dibawanya bersama sebelum mereka menutup kuburnya. (Namun terdapat pertikaian tentang hal ini kerana Barat mendakwa Injil yang ditemui bersama jenazahnya adalah Injil St Matthews – Ketiadaan bukti menyukarkan pembuktiaan Injil mana yang berada dalam pelukkannya ketika jasadnya ditemui.)